Pages

Wednesday 26 June 2013

Rujukan Terjemahan Al-Quran Dengan Mudah Secara Online

Website ini menyediakan Al-Quran dan terjemahan bahasa Melayu yang kerap saya jadikan sumber rujukan http://www.tokeikedai.net.my/alquran Kelebihan website ini ialah kerana untuk mencari ayat-ayat tertentu, anda hanya perlu guna drop down search list sahaja. Mula-mula pilih surah, kemudian, pilih nombor ayat yang anda ingin rujuk. Amat mudah. Semoga tuan punya website ini diberkati Allah S.W.T kerana menyediakan website yang amat berguna ini. Amin.




Tuesday 25 June 2013

Mendapat Hidayah-Nya Setelah Membaca Al-Quran (dan terjemahannya)

Setelah menyiasat tentang Islam dan agama-agama lain, akhirnya beliau memilih Islam. Hatinya bertambah yakin selepas mendapat petunjuk melalui sebuah ayat didalam Al-Quran (dibaca dengan terjemahannya) pada satu malam


Sebelum itu, beliau membenci Islam yang mengaitkan agama ini dengan keganasan. Lihatlah kuasa ALLAH, seorang lelaki yang pernah menganggap Islam sebagai pengganas telah berubah hatinya kerana peristiwa yang menunjukkan kebesaran ALLAH...


Kisah beliau ini diceritakan melalui video dalam bahasa Inggeris. Jadi tak dapatlah saya membuat terjemahannya ke bahasa melayu..Subhanallah..ikutilah kisah beliau. Klik link dibawah:

Klik gambar ini untuk menonton video beliau

Saturday 22 June 2013

Menguatkan Iman - Tingkatkan Keyakinan Anda

Hari ini (Sabtu 22 Jun 2013) semasa takzirah di Masjid Bandar Kinrara, Puchong, topik yang disampaikan oleh ustaz jemputan (maaf, tak ingat nama beliau) amat menarik iaitu hati yang bersih.

Berikut ialah pengajaran yang saya dapat hari ini:

1. Bersihkan hati dengan selalu membaca kalimah shahadah didalam hati (seperti selalu dibaca semasa tahlil). Ini kerana menurut beliau, secara tak langsung, ia menguatkan jantung anda.
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهlā ʾilāha ʾillā l-Lāh
(Tiada Tuhan Selain Dari Allah)

2. Ada 3 tahap keyakinan tetapi yang saya ingat ialah tahap yang paling atas sekali iaitu apabila hati anda sudah betul-betul yakin dengan Allah. Ditahap ini, semua yang ada didunia ini tidak bermakna bagi yang berkeyakinan tinggi ini. Hatinya sentiasa mahukan Jannah atau Syurga yang telah dijanjikan oleh Allah. Sebagai contoh, batu dan emas, sama sahaja nilainya baginya. Emas (merujuk kepada kemewahan atau kemanisan) didunia ini tidak setanding dengan kemewahan syurga.

3. Bagaimana nak kuatkan iman kita - salah satunya ialah selalulah berdoa kepada Allah supaya meningkatkan Keyakinan Anda Pada-Nya. Antara masa-masa yang elok berdoa ialah ketika sembahyang tahajjud (selain ketika beramal ibadat yang lain).

Untuk pengajaran ketiga (3) itu, saya ingin menambah (ini pendapat saya, bukan ustaz tu), ialah dengan selalu membaca Al-Quran dan faham makna-makna atau terjemahan ayat-ayat tersebut. In shaa Allah, kita dapat tambahkan keyakinan kita kepada Allah dan mencari kejayaan yang sebenar, iaitu memasuki syurga. Didalam Al-Quran itu, banyak ayat-ayat yang Allah turunkan yang boleh menambah keimanan kita kepada-Nya.

Antara ayat-ayat tersebut ialah (seperti yang dirujuk oleh ustaz tersebut ialah Ayat Surah Al-Baqarah; Al-Quran itu diturunkan tanpa ragu-ragu atau syak. Kita mesti yakin dengannya). Berikut ialah Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 sebagai rujukan:






Jom "Baca Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Dan tidak lupa juga, kita berdoa semoga Allah menambahkan keyakinan kita kepada-Nya semoga kita mendapat kejayaan ke syurga, in shaa Allah. Amin.


Thursday 20 June 2013

Kerana membaca Al-Quran saya masuk Islam - Saudara Eamon Bradley

Al-Quran itu datangnya dari Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibrail A.S. Ia mengandungi pelbagai hikmah seperti yang dinyatakan dalam Surah Yunus ayat 1:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ
Alif laam raa. Inilah ayat-ayat Kitab (Al Qur'an) yang mengandungi hikmah.

Apakah antara hikmah-hikmah tersebut? Salah satunya ialah menyebabkan ramai insan-insan sedar bahawa tiada tuhan selain dari Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ikuti kisah saudara baru Islam kita, saudara Eamon Bradley dari Ireland yang memeluk Islam dengan hanya membaca dan mengkaji Al-Quran dan informasi berkaitan Islam melalui Internet dan You Tube sahaja. Amat menakjubkan...subhanallah. Inilah salah satu hikmah apabila kita mengaji Al-Quran dan baca terjemahannya sekali, iaitu iman kita bertambah kuat kepada Allah, in shaa Allah.

Post asal artikel ini adalah didalam Bahasa Inggeris. Dibawah ini ialah post beliau yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu melalui Google translate dan disunting sedikit supaya karangannya teratur. Artikel asal disini (Revert2IslamToday Blogspot): http://revert2islamtoday.blogspot.co.uk/2013/05/journey-of-irish-brother-eamon-bradley.html

Perjalanan Saudara Dari Ireland, Eamon Bradley kepada Islam

 

Cerita menakjubkan saudara Eamon Bradley dari Ireland yang memeluk Islam. Sesungguhnya Allah boleh membimbing sesiapa sahaja sekiranya Dia mahu. Saudara Eamon memeluk Islam secara sendirian tanpa menemui walau seorang pun saudara Muslim, tetapi dari video YouTube dan membaca Al-Quran dalam talian (online Al-Quran). Sila baca kisah beliau dibawah bagaimana Islam membantu beliau memperbaiki diri beliau.

Saya Eamon Bradley, dari Derry di Ireland. Ini adalah cerita saya memeluk Islam. Saya berumur 24 tahun sekarang, semasa saya masih seorang kanak-kanak, saya banyak mencuri. Ia adalah perkara biasa yang dilakukan dengan rakan-rakan saya. Malah kami akan ketawa mengenainya kemudian pergi membeli dan menghisap dadah. Saya mencuri dari gereja, keluarga, sekolah dan kedai-kedai dan tempat-tempat seperti itu. Saya dan seorang rakan pernah mencuri bunga api dari sebuah kedai dan memasangnya di gereja yang menyebabkan kerosakan bernilai beribu pound. Kami ditangkap untuk itu. Paderi membawa kami ke rumahnya yang bersebelahan gereja dan menyoal kami. Kami tidak kisah. Jadi kami meletakkan kaki kami di atas meja dan makan beberapa gula-gula yang juga kami curi. Saya rasa ketika itu saya berada tahap 5 di sekolah rendah .

Saya bergaul dengan ramai orang yang lebih tua daripada saya, jadi saya terjerumus ke dalam penyalahgunaan dadah sejak kecil lagi. Penagihan LSD di sekolah rendah sebagai contoh. Apabila saya memasuki sekolah menengah, ia menjadi lebih buruk dimana saya kerap ponteng sekolah dan menagih dadah lebih kerap. Pendidikan pada masa itu amat kurang bermakna bagi saya. Saya sentiasa resah dan pemalu. Pada beberapa hari pertama dalam tahun terakhir saya di sekolah, saya dan dua rakan saya dibuang sekolah.

Disebabkan persekolahan saya habis awal, saya tidak berbuat apa-apa sehinggalah tahun berikutnya. Saya pergi ambil beberapa kursus yang tidak berfaedah dan mensia-siakan dua tahun lagi. Selepas itu saya hanya berparti setiap hujung minggu. Kadang-kadang saya akan keluar pada hari Khamis dan pulang ke rumah pada hari Isnin, masuk dan keluar dari rumah hanya untuk menukar pakaian atau mandi. Tetapi hidup saya hanyalah satu pembohongan, di dalam hati atau jiwa saya kosong. Saya biasa menangis tanpa sebab dan saya tidak tahu mengapa. Kadang-kadang, saya akan bangun pada waktu pagi dan menangis tanpa kawalan.

Pada peringkat ini, saya rasa saya hanya minum dan merokok untuk mati. Saya cuba mengambil ubat-ubatan preskripsi secara berlebihan. Pada ketika inilah Allah Maha Besar menunjukkan jalan kepada saya. Semasa saya berada di sekolah menengah, mereka memberi semua orang kitab Bible. Sudah tentu pada masa itu, saya terus melemparkan ia ke dalam peti di bilik saya. Satu hari saya menjumpai semula kitab tersebut dan mula membaca setengah jam setiap hari sehingga saya akhirnya mula percaya kepadanya.

Alhamdulillah. Saya juga banyak melihat cerita-cerita Menara Berkembar (New York Twin Towers) di YouTube dan saya yakin bahawa cerita-cerita atau gambaran itu bukanlah apa yang sebenarnya. Saya kemudian mula membaca al-Quran dari internet setiap malam dan saya tahu ia adalah benar. Alhamdulillah. Dengan hanya menonton video saudara-saudari se-Islam di YouTube saya akhirnya berkata syahadah dan mengesahkan kepercayaan saya. Saya juga ingin menambah ketika saya suka melakukan perkara-perkara salah dahulu, saya ada berkata kepada rakan-rakan bahawa tidak ada Tuhan.

Saya masih ingat kisah dahulu apabila saya telah menyidai pakaian saya diampaian, ia mula hujan jadi saya mengangkat pakaian tersebut dan kemudian hujan berhenti, jadi saya membawa mereka kembali ke ampaian, dan kemudian hujan turun lagi. Saya masih ingat saya menunjuk penumbuk ke langit pada Tuhan dengan kemarahan sambil berkata-kata marah yang mana ayat-ayatnya saya tidak akan mengulangi lagi. Kemungkinan sebenarnya saya sememangnya percaya adanya Tuhan ketika itu cuma kerana angkuh, saya tidak mengaku.

Kini, saya seorang Muslim, sudah kira-kira 3 tahun dan saya rasa saya hanya bercakap dengan seorang Muslimat sahaja dijalanan. Itupun ketika berada di kedai yang menjual kebab di bandar yang mana saya akhirnya mendapat makanan Halal. Alhamduillah, saya bersyukur kepada Allah kerana menunjukkan saya jalan-Nya dan saya berdoa Dia menyelamatkan orang-orang yang beriman dan benar kepada diri mereka sendiri. Dan saya berdoa dia membimbing orang-orang yang tidak percaya tetapi mempunyai kebaikan dalam diri mereka, tetapi bukan datang kepada cahaya-Nya melalui ketakutan. Dunia sekarang adalah sukar bagi setiap individu dengan cara yang berbeza. Tetapi jika kita terus memegang tali Allah walaupun dengan satu tangan, tentu ada cara keluar. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca cerita saya.

(tarikh post 31 May 2013)

Jom "Baca Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Banyak manafaatnya. In Shaa Allah

 

Monday 17 June 2013

Kongsi pengalaman baca Al-Quran dan terjemahannya

Ketika saya google keyword "baca al quran dan terjemahannya", saya terjumpa satu post seorang rakan muslim kita tentang pengalaman beliau membaca Al-Quran dan terjemahannya di blog beliau Kuasai Kerjaya. Selepas beliau mengamalkan membaca terjemahannya, beliau mendapat banyak manafaat dan ilmu. Berikut ialah petikan tulisan beliau. Untuk cerita penuh beliau, klik link yang disediakan:

Petikan dari blog beliau:

"Saya tergolong diantara mereka yang fasih membaca al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Lebih 30 tahun umur saya, hanya membaca tanpa memahami maksud yang tersurat, apakah lagi maksud yang tersirat.

Saya mungkin antara masyarakat kita yang berlumba-lumba untuk khatam al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan, dan kalau lagi banyak khatam… pada hemat saya mungkin lagi bagus. Sifat ini saya terbawak-bawak semasa mengerjakan Umrah 5 tahun yang lalu. Saya memasang KPI (Key performance indicator) pada waktu itu untuk khatam al-quran diMasjid al-haram.  Alhamdullillah, saya dapat fokus dan KPI saya hampir tercapai  apabila melepasi juzuk 29. Bagus tu dalam masa kurang dari 3 hari… dah sampai juzuk 29, siap dengan ibadah umrah setiap hari.

Perlumbaan itu tiba-tiba terhenti. Kenapa? Kan bagus khatamkan cepat-cepat?"

Selepas solat Zuhur, tergerak hati saya untuk menggunakan Suhuf Terjemahan bahasa Indonesia dan meneruskan membaca surah-surah seterusnya. Apabila sampai ke surah Al-Qiyamat surah ke 75 ayat ke-16.. terlintas untuk saya membaca maksud ayat tersebut.

Apabila saya cuba memahami maksud ayat tersebut, berjurai air mata saya… kerana kejahilan saya. FASIH tetapi tidak FAHAM. Nak CEPAT tapi tak faham! Mungkin ramai diantara kita, yang sama seperti saya. Tidak perlu kita persalahkan sistem persekolahan kita dulu, yang tidak menitik beratkan Bahasa Al-Quran tetapi menitik beratkan bahasa Inggeris… tetapi marilah kita muhasabah diri, melihat sejauh mana kita memahami yang tersurat  (tergambar) terlebih dahulu dan InsyaAllah kita kan memahami apa yang tersirat pula di dalam al-Quran.

Kerana al-Quran itu mukjizat. Apabila kita ada permasalahan, InsyaAllah al-Quran dapat memberikan jawapan.

Baca kisah penuh beliau disini..klik link ini.

Jom "Baca Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Banyak manafaatnya.





Sunday 16 June 2013

Lagi Al Quran Dengan Terjemahan Bahasa Melayu Free Untuk Android

Selain dari iQuran Pro, terdapat satu lagi applikasi di Google Play yang menyediakan Al Quran beserta terjemahan bahasa melayu free atau percuma. Applikasi ini diberi nama Al Quran Malay dan datang dengan bacaannya sekali. Secara peribadi, saya sudah download application ini. Cuma kadang-kadang kena "force close". Mungkin sebab saya masih menggunakan android version 2 (Galaxy Tab 1).

Semakin mudah untuk kita mengamalkan membaca Al Quran beserta terjemahannya sekali. Di mana sahaja kita berada, apabila teringin nak baca Al Quran, buka sahaja hand phone atau tablet. Semoga Allah S.W.T memberkati dan memberi rahmat kepada pembuat dan pengguna applikasi ini.

Jom "Baca Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Banyak manafaatnya.


Cover Al Quran Malay




Senarai Surah-Surah




Contoh Ayat & Terjemahan


Friday 14 June 2013

Baca Al-Quran dan Terjemahannya dimana sahaja - Android Apps iQuran Pro

Sekiranya anda pengguna hand phone atau tablet Android, anda boleh dapatkan iQuran Apps yang mengandungi berbagai terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu. Ia juga datang dengan bacaan audio dari ramai qariah seperti Sheik Husary (favorite saya), Mishary Rashed Al-Afasy, Saood & Shuraim, Abu Bakr Ash-Shatree, dll.

Oleh itu, tidak kira anda kemana sahaja, sekiranya ingin membaca Al-Quran dan terjemahannya, anda cuma buka hand phone atau tablet anda. Mudah dan senang.

iQuran ini ada dua version:
1. iQuran Lite (free)
2. iQuran Pro (paid version - seingat saya berharga USD3)

Anda boleh mencuba iQuran Lite dahulu (tiada terjemahan disediakan). Kemudian baru buat keputusan sama ada anda ingin upgrade ke iQuran Pro. Terjemahan bahasa melayu hanya ada dalam iQuran Pro paid version.

Seingat saya, sudah hampir 6 ke7 bulan saya sudah menggunakan iQuran Apps (Pro version) ini dan saya amat berpuas hati dengannya. Saya memilih iQuran apps ini kerana tertarik dengan tulisan arabicnya dan tanda bacaannya yang besar dan jelas. Kemudian ia datang dengan terjemahan bahasa melayu, jadi mudah untuk mengaji dan baca terjemahan.

Jom "Baca Al-Quran dan Terjemahannya Sekali". Banyak manafaatnya.


iQuran Pro - Paid Version
























iQuran Lite - 5 juta download (Alhamdulillah)

























Senarai Surah-Surah





Surah Al-Ikhlas dan Terjemahannya

Sunday 9 June 2013

Marilah Menuju Kejayaan

Seringkali ketika laungan azan berkemundang 5 kali sehari, salah satu ayat yang dilaungkan ialah:

حي على الفلاح
Hayya 'alal-falāh
bermaksud:
Marilah Menuju Kejayaan (terjemahan yang seringkali dilihat dikaca TV)
Marilah merebut kemenangan (terjemahan yg dipetik dari Wikipedia)

Kedua-dua terjemahan tersebut bermaksud kearah tujuan yang sama iaitu marilah menuju ke syurga. Ia membawa erti "Marilah kita umat Islam sekalian (muslimin dan muslimat) berusaha mencapai kejayaan atau kemenangan dengan dapat masuk ke syurga atau jannah. Itulah kejayaan atau kemengan yang paling besar. Tiada kejayaan yang setanding dengannya".

Ini dinyatakan di dalam Al-Quran bila mana Allah memberitahu kita apakah kejayaan atau kemenangan yang besar itu. Antara ayat-ayat yang dinyatakan kemenangan besar ini ialah:

Surah At-Taubah, ayat 88-89:
لَـكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ جَاهَدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَأُوْلَـئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya.

أَعَدَّ اللّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah telah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Surah At-Taubah, ayat 100:
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

Surah At-Taubah, ayat 111
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Berdasarkan ayat-ayat diatas, itulah kejayaan atau kemenangan yang terbesar bila mana kita umat Islam dapat masuk ke syurga. Memetik dari posting Ustaz Kazim Elias di laman facebook beliau, saya amat bersetuju. Ramai diantara kita yang menyangka kejayaan kita didunia ini besar tapi sebenarnya kejayaan itu merupakan satu ujian dari Allah iaitu ujian sama ada kita bersyukur atau tidak (nanti boleh post topik ini dilain kali). Baca post beliau di bawah:











Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan menuju ke arah kejayaan atau kemenangan yang besar itu. In Syaa Allah (dengan izin Allah), usaha-usaha kita itu berjaya. Marilah kita baca Al-Quran dan terjemahannya sekali. Banyak manafaatnya.

Sumber rujukan:
1. Tafsir Al-Quran Per Kata Dr. Ahmad Hatta, MA, edaran Telaga Biru
2. iQuran Pro - Android
3. Wikipedia - Azan dan Iqamat
4. http://tokeikedai.net.my/alquran/9.html#89 (Surah At-Taubah)