Pages

Thursday 19 June 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Al Hajj (Surah ke-22)

Surah Al Hajj (سورة الحج) adalah surah ke-22 dari Al Qur'an dan terdiri dari 78 ayat. Sebahagian ayat dari surah ini diturunkan di Mekkah dan sebahagian lagi di Madinah, oleh sebab demikian, para ahli tafsir berselisih pendapat mengenai golongan surah ini sama ada (Makkiyah atau Madaniyah)

Surah ini dinamai surah Al Hajj, kerana surah ini mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadah haji, seperti ihram, tawaf, sa'i, wuquf di Arafah, mencukur rambut, syiar-syiar Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah disyar'atkannya haji. Ditegaskan pula bahawa ibadat haji itu telah disyariatkan pada masa Nabi Ibrahim a.s., dan Ka'bah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama puteranya Nabi Ismail a.s.

Menurut Al Ghaznawi, surah Al Hajj termasuk di antara surah- surah yang ajaib, diturunkan pada malam dan pada siang hari, dalam musafir dan dalam keadaan tidak musafir, ada ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah, isinya ada yang berhubungan dengan peperangan dan ada pula yang berhubungan dengan perdamaian, ada ayat-ayatnya yang muhkamaat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya) dan ada pula yang mutasyabihaat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

Sumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Hajj


http://muhdhazrie.wordpress.com/2011/10/31/apa-ada-dalam-kaabah-2/




Tuesday 10 June 2014

Portal dengar bacaan Al-Quran & terjemahannya sekali

Sekiranya anda ingin mendengar bacaan ayat Al-Quran (dalam bahasa Arab), kemudian disusuli pula dengan bacaan terjemahannya (bahasa Melayu), anda boleh lawati portal ini:

1. Internet - http://www.dengaralquran.com

2. Android - download TuneIn Radio - kemudian search Al-Quran Online (Melayu)

Kedua-dua portal ini beroperasi 24 jam sehari percuma, oleh itu, anda boleh mendengar ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya sekali pada bila-bila masa sahaja.

Yang menariknya ialah kerana bacaan terjemahan disertakan sekali. Oleh itu, mudah untuk kita memahami apa yang dibacakan.

Semoga Allah merahmati mereka yang menyediakan perkhidmatan tersebut di dunia dan akhirat. Dan semoga kita yang mendengarnya mendapat ilmu, petunjuk dan rahmat dari Allah S.W.T. In shaa Allah..aamiin.

Website dengaralquran.com





Thursday 5 June 2014

Dimanakah Kita Berada - Piramid Mukmin

Berdasarkan jenis orang-orang yang disebut di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dapatlah disimpulkan bahawa umat manusia dan orang Islam terbahagi kepada beberapa kategori. Ada kategori orang Islam yang disebut di dalam Al-Quran yang sedikit bilangannya, contoh:

1. (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". (Al-A'raaf 7:3)

2. Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-A'raaf 7:10)

3. ".......Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Hud 11:40)

Berdasarkan keterangan tentang jenis atau kategori orang yang disebut Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan jumlahnya yang hanya sedikit, saya membuat kesimpulan bahawa apabila diletakkan jenis-jenis orang ini dalam bentuk piramid, secara automatik jumlahnya akan berkurangan. Contoh mereka yang berada ditingkat atas kurang berbanding dengan yang berada ditingkat bawah.

Beginilah ilham dan petunjuk yang diberi Allah S.W.T. kepada saya. Dengan izinNya, saya membuat lakaran piramid tersebut seperti dibawah. Anda boleh share sekiranya anda mahu semoga ilmu ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Sekiranya ada kesilapan, sila beritahu saya. In shaa Allah.

Klik imej untuk zoom atau anda boleh download ia