Cerita ini menarik untuk kita berkongsi bersama. Ia diambil dari salah satu FB page (Adam & Hawa). Menariknya kerana setiap kali sesiapa sahaja mengkaji Al-Quran dan faham kandungannya, in shaa Allah, dengan izin-Nya, seseorang itu akan mendapat hidayah dan petunjuk.
Saya gemar mengikuti cerita-cerita saudara atau saudari baru Islam kita kerana saya ingin tahu bagaimana mereka mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah. Bagi saya, mereka ini istimewa kerana mereka memeluk Islam setelah terbuka hati mereka. Berbanding mereka yang lahir Islam dimana mereka telah diajar dan diasuh dari kecil. Bukan senang seseorang bukan Islam membuat keputusan untuk memeluk Islam. Kerana itu bagi saya, mereka ini istimewa.
Hasil dari cerita-cerita yang saya ikuti, kebanyakan mereka memeluk Islam setelah membaca, memahami dan mengkaji Al-Quran. Sudah tentu mereka membaca terjemahannya kerana bukan semua orang faham atau fasih berbahasa Arab. Itulah salah satu kelebihan apabila kita membaca Al-Quran dan terjemahannya sekali.
Namun tidak dinafikan juga, mereka yang lahir Islam boleh berubah dari kurang arif atau alim, kepada alim. Mereka ini juga insan istimewa kerana Allah memberi mereka hidayah dan petunjuk untuk berpegang teguh atau kembali atas jalan lurus-Nya.
Saya copy paste cerita asal seorang muslimah (muallaf - saudari baru Islam kita) dari page tersebut. Berdasarkan tarikh posting, ia sekitar bulan April 2012. Tarikh betul saudari baru kita ini memeluk Islam tidak diketahui. Wallahualam. Namun, ikuti kisah menarik beliau di bawah.
Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
"Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak
perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan
kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo
Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau
bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga
beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat
menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama
Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing.
Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk
masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan,
beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan
mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran
Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang
telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu,
Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang
sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika
membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau
menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor
mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau
merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba
berdoa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis
dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika
beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan
kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah Taala dan pada
waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah..
Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah
dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan
remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan
Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar
muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta.
Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang
mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia
berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara
tersendiri."
P/S Seperti biasa, pesanan saya...jangan lupa "Apabila Mengaji Al-Quran, Bacalah Terjemahannya Sekali".
No comments:
Post a Comment