Pages

Wednesday 18 August 2021

Video - Pesanan saudara baru tentang pentingnya membaca dan memahami Al-Quran

Saudara baru ini (muallaf) di Indonesia menceritakan bagaimana beliau masuk Islam. Pada penghujung video ini pada minit 35:40 beliau memberi pesanan kepada sesiapa saja yang ingin mengetahui tentang Islam, bacalah Al-Quran. Tidak tahu bahasa Arab, tiada masalah, boleh baca terjemahannya supaya boleh faham apa yang dibaca. Inshaa Allah.




Tuesday 25 November 2014

Kenapa perlu baca, faham & amalkan Al-Quran?

Kerana terdapat banyak hidayah dan petunjuk Allah di dalamnya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran” - (Riwayat al-Tirmidzi)

** Orang-orang beriman akan menjadikan Al-Qur’an sebagai buku bacaan hariannya dan tidak pernah bosan dan kenyang dengan Al-Qur’an.

Sebagaimana diungkapkan oleh Utsman bin ‘Affan ra,
”Kalau hati kita bersih, maka kita tidak akan pernah kenyang dengan Al-Qur’an”.

Kerana dengan senantiasa membaca Al-Qur’an, akan mendapatkan banyak kebaikan.

Rasulullah saw. bersabda,
”Al-Qur’an ini adalah hidangan Allah, maka terimalah hidangan itu sekuat kemampuan kalian. Al-Qur’an ini adalah tali Allah, cahaya yang terang, obat yang bermanfaat, terpeliharalah orang yang berpegang teguh dengannya, keselamatan bagi yang mengikutinya. Jika akan menyimpang, maka diluruskan, tidak terputus keajaibannya, tidak lapuk karena banyak diulang. Bacalah karena Allah akan memberikan pahala bacaan kalian setiap huruf sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.
(HR Al-Hakim) ☺ و الله أعلم  **

(Sumber ** : dari mesej perkongsian di Whatsap)






Tuesday 5 August 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Al-Mu'minuun (Surah ke-23)

Surah seterusnya ialah Surah Al-Mu'minuun iaitu surah yang ke 23. Surah ini terdapat 118 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamai Al Mu'minuun, kerana permulaan ayat ini menerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang mukmin yang menyebabkan keberuntungan mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Demikian tingginya sifat-sifat itu, hingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s.a.w.

Antara isi kandungan surah:
  1. Keimanan: Kepastian hari kebangkitan dan hal-hal yang terjadi pada hari kiamat; Allah tidak memerlukan anak .
  2. Hukum-hukum: Manusia dibebani sesuai dengan kesanggupannya; rasul-rasul semuanya menyuruh manusia memakan makanan yang halal lagi baik; pokok-pokok agama yang dibawa para nabi adalah sama, hanya syariatnya yang berbeza-beza.
  3. Kisah-kisah: Kisah Nuh a.s.; kisah Hud a.s. kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Isa a.s.
  4. Dan lain-lain: Tujuh perkara yang harus dipenuhi, oleh seorang mukmin yang ingin mendapat keberuntungan hidup di dunia maupun di akhirat; proses kejadian manusia; tanda-tanda orang yang bersegera kepada kebaikan; nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia wajib disyukuri.
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Mu%E2%80%99minun


Thursday 19 June 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Al Hajj (Surah ke-22)

Surah Al Hajj (سورة الحج) adalah surah ke-22 dari Al Qur'an dan terdiri dari 78 ayat. Sebahagian ayat dari surah ini diturunkan di Mekkah dan sebahagian lagi di Madinah, oleh sebab demikian, para ahli tafsir berselisih pendapat mengenai golongan surah ini sama ada (Makkiyah atau Madaniyah)

Surah ini dinamai surah Al Hajj, kerana surah ini mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadah haji, seperti ihram, tawaf, sa'i, wuquf di Arafah, mencukur rambut, syiar-syiar Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah disyar'atkannya haji. Ditegaskan pula bahawa ibadat haji itu telah disyariatkan pada masa Nabi Ibrahim a.s., dan Ka'bah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama puteranya Nabi Ismail a.s.

Menurut Al Ghaznawi, surah Al Hajj termasuk di antara surah- surah yang ajaib, diturunkan pada malam dan pada siang hari, dalam musafir dan dalam keadaan tidak musafir, ada ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah, isinya ada yang berhubungan dengan peperangan dan ada pula yang berhubungan dengan perdamaian, ada ayat-ayatnya yang muhkamaat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya) dan ada pula yang mutasyabihaat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

Sumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Hajj


http://muhdhazrie.wordpress.com/2011/10/31/apa-ada-dalam-kaabah-2/




Tuesday 10 June 2014

Portal dengar bacaan Al-Quran & terjemahannya sekali

Sekiranya anda ingin mendengar bacaan ayat Al-Quran (dalam bahasa Arab), kemudian disusuli pula dengan bacaan terjemahannya (bahasa Melayu), anda boleh lawati portal ini:

1. Internet - http://www.dengaralquran.com

2. Android - download TuneIn Radio - kemudian search Al-Quran Online (Melayu)

Kedua-dua portal ini beroperasi 24 jam sehari percuma, oleh itu, anda boleh mendengar ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya sekali pada bila-bila masa sahaja.

Yang menariknya ialah kerana bacaan terjemahan disertakan sekali. Oleh itu, mudah untuk kita memahami apa yang dibacakan.

Semoga Allah merahmati mereka yang menyediakan perkhidmatan tersebut di dunia dan akhirat. Dan semoga kita yang mendengarnya mendapat ilmu, petunjuk dan rahmat dari Allah S.W.T. In shaa Allah..aamiin.

Website dengaralquran.com





Thursday 5 June 2014

Dimanakah Kita Berada - Piramid Mukmin

Berdasarkan jenis orang-orang yang disebut di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dapatlah disimpulkan bahawa umat manusia dan orang Islam terbahagi kepada beberapa kategori. Ada kategori orang Islam yang disebut di dalam Al-Quran yang sedikit bilangannya, contoh:

1. (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". (Al-A'raaf 7:3)

2. Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-A'raaf 7:10)

3. ".......Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Hud 11:40)

Berdasarkan keterangan tentang jenis atau kategori orang yang disebut Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan jumlahnya yang hanya sedikit, saya membuat kesimpulan bahawa apabila diletakkan jenis-jenis orang ini dalam bentuk piramid, secara automatik jumlahnya akan berkurangan. Contoh mereka yang berada ditingkat atas kurang berbanding dengan yang berada ditingkat bawah.

Beginilah ilham dan petunjuk yang diberi Allah S.W.T. kepada saya. Dengan izinNya, saya membuat lakaran piramid tersebut seperti dibawah. Anda boleh share sekiranya anda mahu semoga ilmu ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Sekiranya ada kesilapan, sila beritahu saya. In shaa Allah.

Klik imej untuk zoom atau anda boleh download ia