Pages

Thursday, 19 June 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Al Hajj (Surah ke-22)

Surah Al Hajj (سورة الحج) adalah surah ke-22 dari Al Qur'an dan terdiri dari 78 ayat. Sebahagian ayat dari surah ini diturunkan di Mekkah dan sebahagian lagi di Madinah, oleh sebab demikian, para ahli tafsir berselisih pendapat mengenai golongan surah ini sama ada (Makkiyah atau Madaniyah)

Surah ini dinamai surah Al Hajj, kerana surah ini mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadah haji, seperti ihram, tawaf, sa'i, wuquf di Arafah, mencukur rambut, syiar-syiar Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah disyar'atkannya haji. Ditegaskan pula bahawa ibadat haji itu telah disyariatkan pada masa Nabi Ibrahim a.s., dan Ka'bah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama puteranya Nabi Ismail a.s.

Menurut Al Ghaznawi, surah Al Hajj termasuk di antara surah- surah yang ajaib, diturunkan pada malam dan pada siang hari, dalam musafir dan dalam keadaan tidak musafir, ada ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah, isinya ada yang berhubungan dengan peperangan dan ada pula yang berhubungan dengan perdamaian, ada ayat-ayatnya yang muhkamaat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya) dan ada pula yang mutasyabihaat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

Sumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Hajj


http://muhdhazrie.wordpress.com/2011/10/31/apa-ada-dalam-kaabah-2/




Tuesday, 10 June 2014

Portal dengar bacaan Al-Quran & terjemahannya sekali

Sekiranya anda ingin mendengar bacaan ayat Al-Quran (dalam bahasa Arab), kemudian disusuli pula dengan bacaan terjemahannya (bahasa Melayu), anda boleh lawati portal ini:

1. Internet - http://www.dengaralquran.com

2. Android - download TuneIn Radio - kemudian search Al-Quran Online (Melayu)

Kedua-dua portal ini beroperasi 24 jam sehari percuma, oleh itu, anda boleh mendengar ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya sekali pada bila-bila masa sahaja.

Yang menariknya ialah kerana bacaan terjemahan disertakan sekali. Oleh itu, mudah untuk kita memahami apa yang dibacakan.

Semoga Allah merahmati mereka yang menyediakan perkhidmatan tersebut di dunia dan akhirat. Dan semoga kita yang mendengarnya mendapat ilmu, petunjuk dan rahmat dari Allah S.W.T. In shaa Allah..aamiin.

Website dengaralquran.com





Thursday, 5 June 2014

Dimanakah Kita Berada - Piramid Mukmin

Berdasarkan jenis orang-orang yang disebut di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dapatlah disimpulkan bahawa umat manusia dan orang Islam terbahagi kepada beberapa kategori. Ada kategori orang Islam yang disebut di dalam Al-Quran yang sedikit bilangannya, contoh:

1. (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". (Al-A'raaf 7:3)

2. Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-A'raaf 7:10)

3. ".......Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Hud 11:40)

Berdasarkan keterangan tentang jenis atau kategori orang yang disebut Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan jumlahnya yang hanya sedikit, saya membuat kesimpulan bahawa apabila diletakkan jenis-jenis orang ini dalam bentuk piramid, secara automatik jumlahnya akan berkurangan. Contoh mereka yang berada ditingkat atas kurang berbanding dengan yang berada ditingkat bawah.

Beginilah ilham dan petunjuk yang diberi Allah S.W.T. kepada saya. Dengan izinNya, saya membuat lakaran piramid tersebut seperti dibawah. Anda boleh share sekiranya anda mahu semoga ilmu ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Sekiranya ada kesilapan, sila beritahu saya. In shaa Allah.

Klik imej untuk zoom atau anda boleh download ia



Thursday, 22 May 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Al Anbiya (Surah ke-21)

Surah Al-Anbiya' (Arab: الأنبياء , al-Anbiyā' , bermaksud "Nabi-Nabi") adalah surah ke-21 dalam Al-Qur'an. Surah yang terdiri atas 112 ayat ini termasuk golongan surah Makkiyah (yakni diturunkan ketika Nabi Muhammad S.A.W berada di Mekah). Nama al-anbiya (bahasa arab:nabi-nabi) digunakan kerana surah ini mengandungi kisah beberapa orang Nabi.

Permulaan surah Al-Anbiya menegaskan bahwa manusia lalai dalam menghadapi hari berhisab (Hari Kiamat), kemudian berhubung adanya pengingkaran kaum musyrik Mekkah terhadap wahyu yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Maka ditegaskan Allah S.W.T, walaupun nabi-nabi itu manusia biasa, akan tetapi mereka masing-masing adalah manusia yang membawa wahyu yang pokok ajarannya adalah tauhid, dan keharusan manusia menyembah Allah S.A.W iaitu Tuhan yang menciptanya.

Orang yang tidak mahu mengakui kekuasaan Allah S.W.T dan mengingkari ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi itu, akan diazab Allah didunia dan di akhirat nanti. Kemudian diceritakkan kisah beberapa orang nabi dengan umatnya.

Akhir sekali, surah itu ditutup dengan seruan agar kaum musyrik Mekah percaya kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W supaya tidak mengalami apa yang telah dialami oleh umat-umat yang terdahulu.

Sumber - http://id.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Anbiya%27


 

Thursday, 24 April 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Taaha (Surah ke-20)

Surah Taahaa (سورة طه) adalah surah ke-20 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah Surah Maryam (19) dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah (surah yang diturunkan ketika Rasulullah S.A.W berada di Mekah). Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surah ini.

Di dalam surah ini, Allah menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

Saidina Umar bin al-Khattab (khalifah kedua Islam dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin) menurut sejarah memeluk Islam selepas membaca Surah Taahaa ini. Antara cebisan cerita Saidina Umar memeluk Islam:

"Umar yang tidak lagi menunjukkan sikap untuk terus berseteru kemudian diberikan satu helaian yang mengandungi sebahagian dari surah al-Taha. Iaitu ayat 14 yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku.

Sejurus membaca ayat itu, Umar pun berkata: "Tidak sepatutnya yang empunya kata-kata ini disekutui. Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini."

Umar yang telah bertukar nada 360 darjah itu kemudiannya meminta untuk berjumpa sendiri dengan Rasulullah. Khabbab yang sedari tadi menyorok di rumah Fatimah itu pun keluar dan menawarkan diri untuk membawa Umar bertemu Nabi Muhammad....

Sumber:
1. Penjelasan Surah Taahaa - http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Taahaa
2. Latar belakang tentang Umar Al-Khattab - http://ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab
3. Artikel Penuh Tentang Kisah Umar Memeluk Islam:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0222&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
 
"Bacalah Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Banyak manafaatnya. In Shaa Allah.
 
 
 

Saturday, 12 April 2014

10 Pesanan Rasulullah S.A.W Tentang Membaca (Dan Memahami) Al-Quran

 
Baca dan fahamlah Al-Quran

1) Sabda Rasulullah s.a.w: “ Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran” - (Riwayat al-Tirmidzi)

2) Rasulullah s.a.w bersabda: "Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap." (Bukhari dan Muslim)

3) Rasulullah s.a.w bersabda: " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim)

4) Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5) Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” [Hadis riwayat al-Hakim]

6) Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang membaca al-Quran dan menerangkannya, lalu ia menghalalkan yang dihalal al-Quran dan ia mengharamkan yang diharamkan al-Quran tentulah Allah akan memasukkan ia kedalam syurga dan Allah memberi syafaat sebanyak sepuluh orang dari keluarganya yang sepatutnya mereka itu wajibmendapat siksa neraka". (HR Tarmizi)

7) Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. " (Hadis Riwayat Muslim)

8) Daripada Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w, " Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia". (Riwayat Abu Nua'im)

9) Dari Abdullah ibn Mas’ud r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan". (HR Tirmizi)

10) Dari Abu Zar Al-Ghifari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada sesuatu pun yang lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah, yakni Al-Quran". (HR Mustadrak Hakim)

Sumber hadis:

1.  Koleksi Hadis-hadis Pendek: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/koleksi-hadis-hadis-pendek.html#ixzz2yepVvGT7

2. Hadith berkaitan Al-Quran-Al-Karim - http://madahalinsani.blogspot.com/p/hadith-berkaitan-al-quran.html


Thursday, 10 April 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: Surah Maryam

Petikan ayat-ayat terjemahan seterusnya yang akan dikongsi di FB page ialah Surah Maryam (surah ke-19). Tidak semua atau setiap ayat di dalam sesuatu surah itu dapat dikongsikan kerana sesetengah ayat-ayat adalah panjang (seperti kisah Maryam) dan sesetengah ayat perlukan penjelasan lanjut (yang memerlukan orang-orang yang arif untuk menafsir dan menjelaskannya). Namun, perkongsian akan dibuat secara teratur mengikut susunan surah dan ayat-ayat.

Surah Maryam (سورة مريم) adalah surah ke-19 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 98 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana hampir seluruh ayatnya diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW hijrah ke Madinah, bahkan sebelum sahabat-sahabat beliau hijrah ke negeri Habsyah. Menurut riwayat Ibnu Mas'ud, Ja'far bin Abi Thalib membacakan permulaan surah Maryam ini kepada raja Najasyi dan pengikut-pengikutnya pada waktu dia turut serta hijrah bersama-sama sahabat-sahabat yang lain ke negeri Habsyah.

Surah ini dinamai Maryam, kerana surah ini mengandungi kisah Maryam (atau Maria dalam agama kristian), ibu Nabi Isa a.s.. Surah ini menceritakan kelahiran yang ajaib, dimana Maryam melahirkan Isa A.S. sedang belum mengahwini dengan mana-mana laki-laki. Kelahiran Isa A.S. tanpa ayah, merupakan suatu bukti kekuasaan Allah SWT. Pengutaraan kisah Maryam sebagai kejadian yang luar biasa dan ajaib dalam surah ini, diawali dengan kisah kejadian ajaib lainnya, iaitu dikabulkannya doa nabi Zakaria a.s. oleh Allah SWT, dimana ia ingin dianugerahi seorang putera sebagai pewaris dan pelanjut cita-cita dan kepercayaannya, sedang usianya sudah sangat tua dan isterinya adalah wanita yang mandul.

Sumber penjelasan surah - http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Maryam

P/S - Adalah lebih baik kita amalkan membaca dan memahami Al-Quran itu sendiri setiap hari. Namun, sekurang-kurangnya melalui perkongsian ini (minima satu ayat sehari), kita tetap boleh mendapat petunjuk dan peringatan dari Allah S.W.T setiap hari..in shaa Allah.