Pages

About

Blog ini diasaskan dengan satu matlamat:

Mengajak semua muslimin muslimat sekalian, apabila mengaji Al-Quran, bacalah terjemahannya sekali. Banyak manafaatnya apabila kita faham maksud-maksud ayat-ayat Al-Quran itu.

Al-Quran diturunkan Allah kepada umat manusia sebagai panduan hidup agar kita dapat hidup melalui jalan lurusNya yakni Islam. Antara ayat-ayat yang jelas dan nyata ialah cebisan terjemahan ayat 203 Surah Al-A'raf"....Al-Quran ini ialah panduan-panduan dari Tuhan kamu (Allah), dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang yang beriman." (1)

Rasullullah S.A.W juga berpesan kita merujuk Al-Quran dan sunnah-sunnah beliau semasa khutbah terakhirnya. Antara pesanan Rasulullah S.A.W didalam khutbah terakhir ketika Haji Wada' (haji terakhir sebelum beliau wafat) - petikan khutbah beliau: "...Maka perhatikanlah apa yang kukatakan ini, wahai manusia sesungguhnya aku telah sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada kamu, yang jika kamu berpegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah NabiNya...." (2)

Saya terpanggil untuk mempromosikan perlunya kita membaca terjemahan Al-Quran kerana berdasarkan pengalaman saya. Sebelum ini saya hanya tahu "baca" Al-Quran tanpa mengetahui maksud atau terjemahan atau tafsir ayat-ayat tersebut. Satu hari, saya bercadang hanya ingin membaca terjemahan sahaja (melalui applikasi android iQuran Pro kerana mudah dibawa ke mana sahaja). Subhanallah, selepas faham terjemahannya, barulah saya sedar betapa banyaknya pengajaran dan hikmah-hikmah dari Allah bila kita tahu dan faham setiap maksud ayat-ayat didalam Al-Quran itu. Sejak itu, bila saya mengaji, saya akan membaca terjemahan ayatnya sekali.

Saya bukan guru, bukan ulamak, bukan wali atau ustaz-ustaz. Untuk itu, saya akui ilmu agama saya terhad atau kecil. Tetapi, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini kerana antara kebaikan-kebaikan yang boleh dibawa selepas kita meninggalkan dunia ini ialah ilmu (yang benar dan sahih yang mengajak ke arah kebaikan) yang kita sampaikan dan diguna pakai.

Saya ingin mempelawa sesiapa sahaja "Bacalah Al-Quran dan Terjemahannya" sekali. Banyak manafaatnya terutama kepada diri kita sendiri.

Semoga Allah memberkati kita semua. In sya Allah.
Mohamad Azizul

Sumber rujukan:
1. Tafsir Al-Quran per kata (Dr Ahmad Hatta, MA. edaran Telaga Biru)
2. Biografi Agung Rasulullah S.A.W (Ruysdi Ramli Al-Jauhari)
3. Teks penuh khutbah Rasulullah S.A.W boleh baca disini - (www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1687-khutbah-terakhir-nabi-muhammad-saw.html)

No comments:

Post a Comment