Pages

Sunday, 9 June 2013

Marilah Menuju Kejayaan

Seringkali ketika laungan azan berkemundang 5 kali sehari, salah satu ayat yang dilaungkan ialah:

حي على الفلاح
Hayya 'alal-falāh
bermaksud:
Marilah Menuju Kejayaan (terjemahan yang seringkali dilihat dikaca TV)
Marilah merebut kemenangan (terjemahan yg dipetik dari Wikipedia)

Kedua-dua terjemahan tersebut bermaksud kearah tujuan yang sama iaitu marilah menuju ke syurga. Ia membawa erti "Marilah kita umat Islam sekalian (muslimin dan muslimat) berusaha mencapai kejayaan atau kemenangan dengan dapat masuk ke syurga atau jannah. Itulah kejayaan atau kemengan yang paling besar. Tiada kejayaan yang setanding dengannya".

Ini dinyatakan di dalam Al-Quran bila mana Allah memberitahu kita apakah kejayaan atau kemenangan yang besar itu. Antara ayat-ayat yang dinyatakan kemenangan besar ini ialah:

Surah At-Taubah, ayat 88-89:
لَـكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ جَاهَدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَأُوْلَـئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya.

أَعَدَّ اللّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah telah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Surah At-Taubah, ayat 100:
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

Surah At-Taubah, ayat 111
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Berdasarkan ayat-ayat diatas, itulah kejayaan atau kemenangan yang terbesar bila mana kita umat Islam dapat masuk ke syurga. Memetik dari posting Ustaz Kazim Elias di laman facebook beliau, saya amat bersetuju. Ramai diantara kita yang menyangka kejayaan kita didunia ini besar tapi sebenarnya kejayaan itu merupakan satu ujian dari Allah iaitu ujian sama ada kita bersyukur atau tidak (nanti boleh post topik ini dilain kali). Baca post beliau di bawah:











Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan menuju ke arah kejayaan atau kemenangan yang besar itu. In Syaa Allah (dengan izin Allah), usaha-usaha kita itu berjaya. Marilah kita baca Al-Quran dan terjemahannya sekali. Banyak manafaatnya.

Sumber rujukan:
1. Tafsir Al-Quran Per Kata Dr. Ahmad Hatta, MA, edaran Telaga Biru
2. iQuran Pro - Android
3. Wikipedia - Azan dan Iqamat
4. http://tokeikedai.net.my/alquran/9.html#89 (Surah At-Taubah)

No comments:

Post a Comment