Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab. Sekiranya kita tidak tahu atau fasih berbahasa Arab, kita tidak akan faham makna setiap ayat-ayat yang dibaca walaupun kita pandai mengaji. Kita mungkin dapat pahala dari Allah kerana mengaji / membaca Al-Quran tetapi ilmu yang terkandung didalam Al-Quran itu mungkin kita tidak dapat. Sebagai contoh, sila lihat skrin Surah Al-Ikhlas yang diambil dari iQuran Pro yang ada terjemahan dan tanpa terjemahan ayatnya.
Surah Al-Ikhlas Tanpa Terjemahannya:
Surah Al-Ikhlas Dengan Terjemahannya:
Ketara bukan perbezaannya terutama bagi mereka yang tidak tahu makna bahasa Arab. Tanpa membaca terjemahannya, kita hanya sekadar baca tetapi tidak faham apa makna surah ini dan apa ilmu yang Allah sampaikan. Bandingkan pula apabila sudah membaca terjemahannya sekali, barulah kita faham makna keseluruhan surah ini.
Al-Quran itu mempunyai banyak ilmu, petunjuk dan hidayah dari Allah. Kepada mereka yang memahaminya, mereka amat beruntung. Kepada yang tidak faham bahasa Arab, terasa rugi pula. Oleh itu, apabila Mengaji Al-Quran, Bacalah Terjemahannya Sekali. Banyak manafaatnya. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment