Jadi, ramai lah yang bagi tip macam mana nak khatam Al-Quran sebulan ini sebagai contoh baca 4 mukasurat sehari atau ada juga yang berkemampuan membaca 1-2 surah sehari. Tidak dinafikan perkara ini bagus, in shaa Allah, Allah akan memberi kita keredhaanNya dan keberkatanNya berbanding kalau tidak buat langsung.
Persoalannya...
Kalau setakat nak kejar berkat khatam Al-Quran sahaja, baik baca Surah Al-Ikhlas 3x sehari kerana berdasarkan hadis Nabi seperti berikut (sumber rujukan dari http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/22/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-ikhlas):
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas
satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga
Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran
seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala
seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Hadis ini hadis sahih, jadi memang mudah untuk kita mendapat keberkatan berkhatam Al-Quran setiap hari. Sebelum tidur, bacalah surah Al-Ikhlas ini sebanyak 3x kali. In shaa Allah, kita dapat keberkatan yang setanding berkhatam Al-Quran sekali.
Tapi tahukah anda, sebenarnya didalam Al-Quran itu banyak ilmu-ilmu dan petunjuk yang Allah berikan kepada kita. Rugi kalau kita tidak memahami ayat-ayat di dalam Al-Quran.
Kalau kita hendak mengejar khatam Al-Quran sahaja tetapi kita tidak faham maknanya atau terjemahannya kerana kita tidak fasih atau tidak faham Bahasa Arab (tetapi kita pandai mengaji), ilmu-ilmu itu tidak sampai kepada kita. Yang kita dapat mungkin pahalanya sahaja (Wallahhualam).
Cuba kita renungi sebahagian kisah-kisah dibawah:
1. Pengalaman saudara kita selepas memahami terjemahan Quran
2. Mendapat HidayahNya Setelah Membaca Al-Quran dan terjemahannya
3. Masuk Islam setelah mengkaji Al-Quran secara online (guna terjemahannya)
4. Pengalaman saya sendiri
Oleh itu, tidak perlulah kita mengejar khatam Al-Quran beribu kali tanpa memahami ayat-ayat di dalam Al-Quran itu. Khatam banyak kali tidak sama manafaatnya dengan mendapat ilmu Al-Quran walaupun dibaca hanya sekali. Kejarlah ilmu didalam Al-Quran itu. Bila mengaji bacalah terjemahannya sekali.
Sebagai permulaan, cuba amalkan baca Al-Quran dengan hanya 5 ayat sehari bersama terjemahannya. Didalam Al-Quran, terdapat 6,236 ayat (114 Surah). Kiraannya:
6, 236 ayat / 5 ayat sehari = 1247.2 hari
1, 247.2 hari / 365 hari = 3.42 tahun
Secara logiknya, anda perlukan 3 tahun setengah untuk khatam Al-Quran sekali. Mungkin terlalu lama tapi tahukah anda, setiap hari kita akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah melalui Al-Quran (in shaa Allah). Ini kerana kita baca setiap hari. Hati kita akan sentiasa dekat dengan Allah (in shaa Allah).
Setelah khatam, saya syorkan ulang semula sehingga ke akhir hayat kita. Oleh itu tiap-tiap hari anda akan dekat dengan Allah dan Al-Quran-Nya dan mendapat ilmu setiap hari (in shaa Allah).
Dari pengalaman saya sendiri, memang seronok apabila membaca dan faham ayat-ayat Al-Quran tersebut. Ilmu kita bertambah dan setiap hari kita ingat pada Allah (in shaa Allah).
P/S: Apabila Mengaji Al-Quran, Bacalah Terjemahannya Sekali. Banyak manafaatnya. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment