Pages

Tuesday, 5 August 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Al-Mu'minuun (Surah ke-23)

Surah seterusnya ialah Surah Al-Mu'minuun iaitu surah yang ke 23. Surah ini terdapat 118 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamai Al Mu'minuun, kerana permulaan ayat ini menerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang mukmin yang menyebabkan keberuntungan mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Demikian tingginya sifat-sifat itu, hingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s.a.w.

Antara isi kandungan surah:
  1. Keimanan: Kepastian hari kebangkitan dan hal-hal yang terjadi pada hari kiamat; Allah tidak memerlukan anak .
  2. Hukum-hukum: Manusia dibebani sesuai dengan kesanggupannya; rasul-rasul semuanya menyuruh manusia memakan makanan yang halal lagi baik; pokok-pokok agama yang dibawa para nabi adalah sama, hanya syariatnya yang berbeza-beza.
  3. Kisah-kisah: Kisah Nuh a.s.; kisah Hud a.s. kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Isa a.s.
  4. Dan lain-lain: Tujuh perkara yang harus dipenuhi, oleh seorang mukmin yang ingin mendapat keberuntungan hidup di dunia maupun di akhirat; proses kejadian manusia; tanda-tanda orang yang bersegera kepada kebaikan; nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia wajib disyukuri.
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Mu%E2%80%99minun