Pages

Saturday 22 June 2013

Menguatkan Iman - Tingkatkan Keyakinan Anda

Hari ini (Sabtu 22 Jun 2013) semasa takzirah di Masjid Bandar Kinrara, Puchong, topik yang disampaikan oleh ustaz jemputan (maaf, tak ingat nama beliau) amat menarik iaitu hati yang bersih.

Berikut ialah pengajaran yang saya dapat hari ini:

1. Bersihkan hati dengan selalu membaca kalimah shahadah didalam hati (seperti selalu dibaca semasa tahlil). Ini kerana menurut beliau, secara tak langsung, ia menguatkan jantung anda.
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهlā ʾilāha ʾillā l-Lāh
(Tiada Tuhan Selain Dari Allah)

2. Ada 3 tahap keyakinan tetapi yang saya ingat ialah tahap yang paling atas sekali iaitu apabila hati anda sudah betul-betul yakin dengan Allah. Ditahap ini, semua yang ada didunia ini tidak bermakna bagi yang berkeyakinan tinggi ini. Hatinya sentiasa mahukan Jannah atau Syurga yang telah dijanjikan oleh Allah. Sebagai contoh, batu dan emas, sama sahaja nilainya baginya. Emas (merujuk kepada kemewahan atau kemanisan) didunia ini tidak setanding dengan kemewahan syurga.

3. Bagaimana nak kuatkan iman kita - salah satunya ialah selalulah berdoa kepada Allah supaya meningkatkan Keyakinan Anda Pada-Nya. Antara masa-masa yang elok berdoa ialah ketika sembahyang tahajjud (selain ketika beramal ibadat yang lain).

Untuk pengajaran ketiga (3) itu, saya ingin menambah (ini pendapat saya, bukan ustaz tu), ialah dengan selalu membaca Al-Quran dan faham makna-makna atau terjemahan ayat-ayat tersebut. In shaa Allah, kita dapat tambahkan keyakinan kita kepada Allah dan mencari kejayaan yang sebenar, iaitu memasuki syurga. Didalam Al-Quran itu, banyak ayat-ayat yang Allah turunkan yang boleh menambah keimanan kita kepada-Nya.

Antara ayat-ayat tersebut ialah (seperti yang dirujuk oleh ustaz tersebut ialah Ayat Surah Al-Baqarah; Al-Quran itu diturunkan tanpa ragu-ragu atau syak. Kita mesti yakin dengannya). Berikut ialah Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 sebagai rujukan:






Jom "Baca Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Dan tidak lupa juga, kita berdoa semoga Allah menambahkan keyakinan kita kepada-Nya semoga kita mendapat kejayaan ke syurga, in shaa Allah. Amin.


No comments:

Post a Comment