Ketika saya google keyword "baca al quran dan terjemahannya", saya terjumpa satu post seorang rakan muslim kita tentang pengalaman beliau membaca Al-Quran dan terjemahannya di blog beliau Kuasai Kerjaya. Selepas beliau mengamalkan membaca terjemahannya, beliau mendapat banyak manafaat dan ilmu. Berikut ialah petikan tulisan beliau. Untuk cerita penuh beliau, klik link yang disediakan:
Petikan dari blog beliau:
"Saya tergolong diantara mereka yang fasih membaca al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Lebih 30 tahun umur saya, hanya membaca tanpa memahami maksud yang tersurat, apakah lagi maksud yang tersirat.
Saya mungkin antara masyarakat kita yang berlumba-lumba untuk khatam al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan, dan kalau lagi banyak khatam… pada hemat saya mungkin lagi bagus. Sifat ini saya terbawak-bawak semasa mengerjakan Umrah 5 tahun yang lalu. Saya memasang KPI (Key performance indicator) pada waktu itu untuk khatam al-quran diMasjid al-haram. Alhamdullillah, saya dapat fokus dan KPI saya hampir tercapai apabila melepasi juzuk 29. Bagus tu dalam masa kurang dari 3 hari… dah sampai juzuk 29, siap dengan ibadah umrah setiap hari.
Perlumbaan itu tiba-tiba terhenti. Kenapa? Kan bagus khatamkan cepat-cepat?"
Selepas solat Zuhur, tergerak hati saya untuk menggunakan Suhuf
Terjemahan bahasa Indonesia dan meneruskan membaca surah-surah
seterusnya. Apabila sampai ke surah Al-Qiyamat surah ke 75 ayat ke-16..
terlintas untuk saya membaca maksud ayat tersebut.
Apabila saya cuba memahami maksud ayat tersebut, berjurai air mata
saya… kerana kejahilan saya. FASIH tetapi tidak FAHAM. Nak CEPAT tapi
tak faham! Mungkin ramai diantara kita, yang sama seperti saya. Tidak
perlu kita persalahkan sistem persekolahan kita dulu, yang tidak menitik
beratkan Bahasa Al-Quran tetapi menitik beratkan bahasa Inggeris…
tetapi marilah kita muhasabah diri, melihat sejauh mana kita memahami
yang tersurat (tergambar) terlebih dahulu dan InsyaAllah kita kan
memahami apa yang tersirat pula di dalam al-Quran.
Kerana al-Quran itu mukjizat. Apabila kita ada permasalahan, InsyaAllah al-Quran dapat memberikan jawapan.
Baca kisah penuh beliau disini..klik link ini.
Jom "Baca Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Banyak manafaatnya.
No comments:
Post a Comment