1. (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". (Al-A'raaf 7:3)
2. Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-A'raaf 7:10)
3. ".......Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Hud 11:40)
Berdasarkan keterangan tentang jenis atau kategori orang yang disebut Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan jumlahnya yang hanya sedikit, saya membuat kesimpulan bahawa apabila diletakkan jenis-jenis orang ini dalam bentuk piramid, secara automatik jumlahnya akan berkurangan. Contoh mereka yang berada ditingkat atas kurang berbanding dengan yang berada ditingkat bawah.
Beginilah ilham dan petunjuk yang diberi Allah S.W.T. kepada saya. Dengan izinNya, saya membuat lakaran piramid tersebut seperti dibawah. Anda boleh share sekiranya anda mahu semoga ilmu ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Sekiranya ada kesilapan, sila beritahu saya. In shaa Allah.
Klik imej untuk zoom atau anda boleh download ia |
No comments:
Post a Comment