Pages

Thursday 24 April 2014

Siri petikan dari ayat-ayat terjemahan Al-Quran: surah seterusnya - Surah Taaha (Surah ke-20)

Surah Taahaa (سورة طه) adalah surah ke-20 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah Surah Maryam (19) dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah (surah yang diturunkan ketika Rasulullah S.A.W berada di Mekah). Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surah ini.

Di dalam surah ini, Allah menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

Saidina Umar bin al-Khattab (khalifah kedua Islam dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin) menurut sejarah memeluk Islam selepas membaca Surah Taahaa ini. Antara cebisan cerita Saidina Umar memeluk Islam:

"Umar yang tidak lagi menunjukkan sikap untuk terus berseteru kemudian diberikan satu helaian yang mengandungi sebahagian dari surah al-Taha. Iaitu ayat 14 yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku.

Sejurus membaca ayat itu, Umar pun berkata: "Tidak sepatutnya yang empunya kata-kata ini disekutui. Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini."

Umar yang telah bertukar nada 360 darjah itu kemudiannya meminta untuk berjumpa sendiri dengan Rasulullah. Khabbab yang sedari tadi menyorok di rumah Fatimah itu pun keluar dan menawarkan diri untuk membawa Umar bertemu Nabi Muhammad....

Sumber:
1. Penjelasan Surah Taahaa - http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Taahaa
2. Latar belakang tentang Umar Al-Khattab - http://ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab
3. Artikel Penuh Tentang Kisah Umar Memeluk Islam:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0222&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
 
"Bacalah Al-Quran dan Terjemahannya Sekali" walaupun 1 ayat sehari. Banyak manafaatnya. In Shaa Allah.
 
 
 

No comments:

Post a Comment